Wednesday 24 July 2013

Ragam si Dato'

Salam semua....

Hari ni aku sedih n stress sangat. Aku ni adala nak jumpa satu Dato' ni untuk tujuan perniagaan. Aku start contact dia sejak Disember 2012 lagi... Sampai la sekarang Julai 2013.

Mula-mula dulu PA dia asyik cakap Dato' sibuk, walaubagaimanapun dia akan call aku balik bila Dato' ok. Tunggu punya tunggu tak juga call. Aku pun ambil inisiatif untuk call PA dia. jawapan sama diberi sehingga lah berpuluh kali aku buat benda yang sama. 

Sampai satu tahap dalam bulan April 2013 aku call lagi n PA dia leh cakap "kalau boelh encik jangan la harapkan Dato' dan usahalah cari orang lain". Masa tu Allah je la yang tahu betapa marah n kecewanya aku. Kalau ya pun kenapa lah berbulan aku hubungi baru nak cakap perkara mcm ni...

Aku lupakan hal itu dan ingat tak ada rezeki dengan bisnes tu. Tiba-tiba aku ternampak FB Dato' ni n aku add as friend. Dia terima dan aku mesej la dia tentang tujuan aku nak jumpa dia. Dia respon sangat positif dan suruh aku contact bali PA dia. Dia cakap PA lama dia dah berhenti kerja dan sekarang PA dia orang lain.

Esoknya aku hubungi PA dia dan seperti biasa PA dia suruh tunggu dan dia akan call balik. Sama seperti kejadian lalu.. Tak juga dia call aku. Aku pun call balik dan jawapan sama kuterima. Seinggalah hari ini, au tak kuasa lagi nak menunggu. Aku call PA dia n cakap kenapa susah sangat nak jumpa Dato', dan dia terangkan yang Dato' terlalu sibuk dan sebarang dana untuk perniagaan baru akan dibekukan untuk beri laluan untuk program baru yang dianjurkan Dato'.

Aku hanya mampu tarik nafas dalam-dalam bila mendengar jawapan itu. Kenapalah jadi macam ni. Dato' tu pun satu, kalau tak nak, cakap lah taknak. I mesej dalam FB bukan main lai. manis, memberi harapan. Hari ini aku terima semua ini. Mungkin tiada rezeki.

Apapun, aku semakin faham mainan korporat golongan atasan. Jika tiada kepentingan jangan haraplah mereka nak membantu walaupun dalam TV, radio atau bahan media lain merekalah orang yang paling lantang menyuarakan keinginan mereka untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan. Semua itu propa dan poyo belaka.

Tak kisah lah kan? Janji aku dah redha dan aku semakin dewasa untuk menilai kesemua ini.

Harap esok masih ada sinar lagi untuk diriku.......

Monday 22 July 2013

IZZUE ISLAM - FORTEEN - BERDUA BERSATU


Hafiz Suip - Masih Jelas

Yup... MASIH JELAS lagu pertama daripada penyanyi yang aku minati ini...
Ia mengangkat nama Hafiz sebagai pendatang baru industri seni. Ini sekaligus memberi signal kepada penyanyi lain bahawa kemunculannya dalam industri seni bukan sebagai memenuhi ruang sebaliknya  sebagai pesaing yang cukup berbisa.



Nice

"Hidup harus bebas, tapi harus ada sempadan"
IzZuEIsLam

Perjalanan Hidup....

Entry post sebelum ini memperlihatkan sedikit sisi hidup aku...Ya... Kekurangan adalah diri aku. Malah bukan kekurangan yang biasa. Malah ujian kekurangan yang aku hadapi meremuk dan menghancurkan hidup aku. Bukan menyalahkan Tuhan, apatah lagi menidakkan takdir. Namun apa yang berlaku sudah tersurat. Ujian yang ditetapkan untukku gagal untuk aku lalui. Kerana itu hidup aku hancur.

Pada usia lewat 20 an ini, aku tidak memiliki apa-apa. Ijazah? Pekerjaan? Masa depan? Semua itu bukan milikku. Dulu aku seorang penuntut IPTA terkemuka. Namun kerana masalah itu, aku tersingkir dari IPTA itu tanpa pembelaan. Ada benar kata pensyarah aku sebelum aku menutup pintu biliknya dan sebelum aku meninggalkan IPTA itu.... "Kamu bukan budak bodoh". 

Kerana masalah itu juga aku sehingga kini tidak mampu mempunyai pekerjaan walaupun semua yang mengenali mengetahui aku bukan tidak layak untuk menjawat sebarang jawatan yang baik. Aku ukan malas, jika diberi peluang untuk menunjukkan potensi diri, aku yakin aku lebih baik daripada sebahagian pekerja yang ada. Namun, kerana masalah itu.... Aku tewas.

Menggunung harapan dan doa aku taruhkan. Namun setelah lebih 10 tahun, ku temui jawapan itu. Melalui pembacaan aku temui apa masalah yang menghantui diriku. Aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk mengetahui apa sebenarnya yang menghalang aku dari terus ke hadapan. 

Demi mengubah keadaan diri dan mencari sebuah sirna kehidupan, aku nekad untuk menghapus masalah itu. Walaupun aku tahu ianya amat sukar kerana terlalu lama masalah itu mendampingi aku...

Keluh kesah jiwa tak terkata bila aku harus melangkah ke Klinik Psikiatri sebuah hospital yang agak gah namanya. Tapi aku ukan gila....... Bukan gila..... Bukan gila..... Masalah itu terkait dalam bidang psikologi. Jika diberitakan kepada semua, pasti sebilangan besar yang tidak dapat mempercayainya. Sedangkan aku sendiri tergamam apabila membaca tentang masalah itu.....

Kini, aku harus bangkit sendiri untuk meneruskan hidup. Aku perlu bangun. Walau aku pasti aku tiada kekuatan yang sebenar untuk tujuan itu...

Saturday 20 July 2013

Aku...

Aku..
Insan yang penuh kekurangan,
Depan belakang, kiri kanan,
Semua penuh kekurangan.
Yang aku ada cuma dari atas,
Iaitu
Rahmat dan kasih sayang Allah

Aku,
Lahir sebagai insan cacat,
Menempuh hidup penuh kemudaratan,
Telah banyak ku tempuh lorong kesesatan,
Dan kini ku paksa hati meluru jalan keinsafan.

Aku bukan mereka yang sempurna,
Bukan juga tumpuan manusia,
Selalu terpinggir meski dalam keluarga,
Redha atau terpaksa, itu tiada pilihan.

Aku,
Mengharap pengakhiran yang baik,
Agar suci tatkala menghadap Illahi.

Izzue Islam Dan Hafiz Suip